Tuesday, June 28, 2011

Game Yang Menghina Islam [Part 1]

Salam , baru-baru saya ada terbaca satu artikel berkenaan beberapa game yang sebelum ini menjadi kegemaran anak - anak muda , tetapi terdapat unsur - unsur yang menghina Agama Islam .

Disini , saya senaraikan 5 game yang mengandungi unsur2 menghina Agama Islam :

Game #1 : Devil May Cry 3



Misi : Pemain dikehendaki menewaskan syaitan - syaitan yang menjaga 12 pintu , sebelum mereka dapat sampai ke "penghulu syaitan " yang menanti pemain di pintu terakhir iaitu pintu yang menyerupai pintu Kaabah .

Unsur Penghinaan :

  • Pintu syaitan yang menyerupai pintu Kaabah
  • Pintu itu dikatakan menjadi penghubung diantara dunia syaitan dengan dunia nyata.
  • Di akhir scene , semasa ingin membuka pintu , karakter pemain , membaca ayat yang dikatakan diambil dari Bible kerana ayat yang dibaca merupakan 7 ayat pemusnahan yang terdapat dalam Bible , iaitu : Wrath , Sloth , Lust , Gluttony , Greed , Pride dan Envy.
Gambar - gambar diatas menunjukkan pintu syaitan yang menyerupai pintu Kaabah

Game #2 : Clive Barker Undying


Misi : Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.

Unsur Penghinaan :
  • Di dinding istana syaitan , terdapat nama - nama Allah.Ianya menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.
  • Terdapat dakwaan mengatakan , setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu , perkataan Allah dalam huruf Jawi akan timbul.

Game #3 : Prince Of Persia : The Sands Of Time


Misi : Misi game tak berapa jelas sangar la (Sorry Readers)

Unsur Penghinaan : 
  • Terdapat tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic di pedangnya .
p/s : Pada pendapat saya , unsur penghinaan game ini kurang jelas , kerana hanya terdapat tulisan kaligrafi pada pedang , tetapi apa tulisannya , tidak dapat dipastikan .

Game #4 : Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes


Misi : Lawan tembak - tembak .

Unsur Penghinaan : 
  •  Masa ditembak mati askar2 tersebut menjerit "ALLAHUAKBAR" dan "JIHADD".

Game #5 : Guitar Hero 3 Legends Of Rock



Misi : Pemain menggunakan controller berbentuk gitar , dan bermain mengikut not yang dipaparkan pada skrin .


Unsur Penghinaan :
  • Terdapat lambang yang menyerupai kalimah Allah dalam tulisan Jawi .

Pesanan Ringkas :
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
    Sumber maklumat :
    p/s : Segala hasil tulisan ini merupakan hasil bacaan dan pendapat saya sendiri . Sebarang kesilapan dalam maklumat yang diberikan , sila maklumkan kepada saya . Harap Maaf .

        No comments:

        Post a Comment